Tuesday 3 March 2015

Resepi Satay

Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pada permulaan perniagaan, jujur saya katakan bahawa kami adik beradik tak tahu pun resepi satay ayah secara keseluruhan sebab masa kecik kami hanya membantu ayah potong ayam, cucuk satay, dan bakar satay.

Akhirnya bila idea untuk berniaga muncul, kami belajar sedikit demi sedikit dari emak.
Biasanya achik yang akan sediakan rempah ayam dan kuah kacang. Berikut bahan-bahan yang kami gunakan, semoga bermanfaat untuk semua.. ^_^


Bahan A:
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas



Bahan B:
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Kunyit
Garam
Gula



Bahan C:
Nisan Kerek
Lada Kering Kisar
Garam
Gula
Kacang Tanah Kisar


Tuesday 23 December 2014

Sejarah Satay Wan Ani

Assalamualaikum w.b.t

Satay Wan Ani mengucapkan Salam Kenal buat semua terutama pengunjung-pengunjung di kawasan Taman Beserah dan Batu Hitam.. These are our hometown!! Kuantan, Peace Yoo.. ^-^

Sejarah kewujudan Satay Wan Ani, jom kita tilik sikit-sikit..

Bermula dengan idea daripada Angah dan Aten yang belum bekerjaya selepas graduate dari universiti masing-masing.. Kedua-duanya memang major dalam Keusahawanan ataupun Englishnya Entrepreneurship.. sebut betul-betul, "Ontro-pronorship" huhu.. Dah sebab dua-dua pun minat berniaga, kami pun memulakan langkah untuk menjual kuih di petang hari menggantikan Mak Tih Tun. Mak Tih punya Pau memang famous, al-maklum dah lama menjual dan orang Taman Beserah memang dah tau keenakan Pau Mak Tih. Buktinya, setiap kali kami buka kedai dan ambil upah untuk tolong jualkan sekali kuih Mak Tih, kuih paling laris dan habis adalah kuih Pau Mak Tih, Alhamdulillah..

Kalau ada ex-ex pelanggan kami yang sempat tengok kami menjual masa tu, adala kuih utama Popia Panas, Asam Gupal, Kacang Kuda, Kuih Kepal, Serunding ikan (2 hari je jual pasal tak larat nak gulung, lenguh pinggang, hehe..), Sosej, Nugget, Bebola, Kentang Goreng, Rojak Mee, Aiskrim Malaysia.. Semua kami buat sendiri kecuali makanan-makanan segera macam Nugget, Sosej, Bebola dan Kentang Goreng, huhu.. sampingan je tu..

Kemudian, lama menyepi sebab kami melihat peluang dalam bidang jahitan tetapi cepat bosan. Akhirnya, tercetuslah idea untuk menjual Satay... Tadaa... Setiap tahun semasa hayat ayah dulu, setiap tahun ayah akan sediakan satay untuk hidangan Raya, kami anak-anak menolong mendedeh, mencucuk dan membakar satay. Satay ayah buat memang SEDAP!! Bukan kami je yang kata, Saudara-mara yang datang berkunjung setiap kali hari raya pun mengatakan perkara yang sama, cukup rasa manis dan rempah.. Kuah kacang macam biasa, setiap kali malam raya, emak yang sediakan sebelum tidur supaya kami dapat menikmati hidangan Satay di pagi hari Raya. 

Alhamdulillah, idea kami mendapat sokongan emak. Bermula pada 1 Disember 2014 bermulalah perniagaan kami dalam perniagaan Satay. Kami memilih jalan alternatif untuk mewara-warakan berita mengenai perniagaan melalui media sosial. Demi tercetusnya idea ini, kami mula memikirkan nama yang sesuai untuk perniagaan. Disebabkan hal ini tercetus daripada Resepi ayah (Wan Zulkifli), kami pun mengabadikan sebagai Satay Wan Ani. Ani adalah sempena nama emak yang turut menyumbang tenaga menyediakan rempah ratus satay dan kuah kacang. Tanpa mereka, siapalah kami.. 

Seperti yang kita ketahui, bulan Disember hingga Januari adalah musim tengkujuh yang paling kritikal di negara kita. Oleh itu, kami terpaksa membuat jualan dari dalam rumah. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Satay, bolehlah menghubungi kami di talian 013-405 7520. Jangan malu, jangan segan, kalau segan, tak dapat la eh nak merasa Satay kami.. wallahualam, tak rasa, tak tahu.. Mai beli mai beli.. secucuk RM0.70 untuk ayam, daging RM0.80.. Nasi Impit RM1 per individu package.


Sekian.


p/s: Dengar kata hujan di Kuantan akan berlarutan hingga hari Sabtu ni (27 Disember 2014), diharap semua penduduk membuat persiapan in case banjir.. lilin dan makanan yang mencukupi untuk ahli keluarga, barang-barang letak di tempat tinggi, barang berharga simpan di tempat yang selamat, dan tak lupa juga untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, sediakan susu yang mencukupi untuk menghadapi musim tengkujuh ini beserta pampers..

Semoga Allah permudahkan urusan saudara-saudara kita di tempat lain dalam menghadapi musim tengkujuh dan banjir ini, amin..